Username/E-mail: Password: Sign Up | Forgot Password?

Member log in / sign up
MPC komited tingkat produktiviti industri dengan memanfaatkan kaedah TRIZ

 

KEPALA BATAS, 1 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) komited untuk memacu industri dengan memanfaatkan TRIZ, senjata berkuasa bagi penyelesaian masalah, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Razali Hussain. Beliau berkata TRIZ boleh menjadi parameter untuk menggerakkan Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 bagi mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju. "Ia juga boleh meningkatkan produktiviti ke paras lebih tinggi kerana TRIZ ialah instrumen terbaik bagi menyelesaikan masalah dengan cara berstruktur.

"MPC komited untuk melaksanakan TRIZ dan memastikan kemapanannya dengan mengumpulkan semua peserta industri untuk berkongsi kejayaan mereka dan mempercepat penyebaran pengetahuan TRIZ," katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat mengenai pembangunan TRIZ dengan peserta industri di sini, hari ini.

TRIZ, biasanya diterjemahkan sebagai "teori menyelesaikan masalah inventif", merupakan metodologi, set perkakas, berasaskan pengetahuan dan teknologi berasaskan model bagi menjana idea inovatif dan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah. "TRIZ ialah senjata berkuasa untuk meningkatkan kepantasan menyelesaikan masalah dan mempercepat inovasi. Menggunakan TRIZ juga akan meningkatkan keupayaan dan produktiviti," katanya.

Mohd Razali berkata MPC akan mengesan syarikat individu yang mempraktikkan TRIZ dan mengumpulkan mereka dalam seminar atau bengkel kerja bagi memastikan kejayaan pelaksanaan TRIZ di Malaysia. "MPC mempunyai program TRIZ berjadual bagi separuh kedua tahun ini, iaitu seminar mengenai perkongsian TRIZ dan pertandingan TRIZ pada 11 Sept, Study Mission: TRIZ Global Conference di Paris (28 Okt-2 Nov) dan Sharing Session On Success Stories of TRIZ (19 Nov)," katanya.

Kaedah TRIZ digunakan dengan meluas oleh syarikat antarabangsa seperti Ford, Daimler-Chrysler, Johnson and Johnson, syarikat aeronautik seperti Boeing, NASA dan syarikat teknologi seperti Motorola, General Electric, IBM dan Samsung. Bagaimanapun, TRIZ masih agak baharu bagi Malaysia kerana ia baru diperkenalkan setahun lepas sebagai perkakas untuk menyelesaikan masalah teknologi dan inovasi.

Ketika ini, pelbagai jenis industri berbeza mempraktikkan TRIZ dalam organisasi mereka yang dikenali sebagai Pengamal TRIZ.  Tahun ini, MPC Northern Region diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan dalam TRIZ bagi menggalak dan menyemai budaya TRIZ dalam kalangan sektor swasta dan awam di Malaysia.

MPC menganjurkan dua seminar dan bengkel kerja mengenai TRIZ setakat ini dengan sejumlah 537 peserta daripada 93 jabatan kerajaan dan 53 organisasi swasta. Sesi-sesi itu menerima maklum balas positif.

-- BERNAMA

http://my.news.yahoo.com/mpc-komited-tingkat-produktiviti-industri-dengan-memanfaatkan-kaedah-125547532.html

About Us

The Malaysia TRIZ Innovation Association (MyTRIZ) is a non-profit organization that exists for the benefit of those who know the TRIZ methodology, want to learn TRIZ, and wish to apply TRIZ for the benefit of all mankind in the country.

Latest Events

PESTA TRIZ 2018










Copyright © 2010 - 2024 Malaysia TRIZ Association (MyTRIZ).  All Rights Reserved. Designed by Tricor Senedi.